Monday, May 23, 2011

mungkin ramai yang tak tahu...


maaflah, terlambat update..

yer, mungkin ramai yang tak tahu..."tinies-tinies" juga menerima tempahan cupcakes untuk kuantiti yang banyak . selalunya adalah tempahan untuk majlis perkahwinan. sila tgk contoh di bawah ya!!



perisa strawberi..


perisa pandan~vanilla

perisa strawberi~vanilla

perisa coklat~vanilla

cuppies yang sudah siap~~


untuk tempahan-

*sebiji (termasuk bekas, dan pelbagai perisa) ialah RM1
*1000 biji dan keatas rm0.80
~tempahan hendaklah dibuat selewat2nya seminggu sebelum majlis :))



Tuesday, May 17, 2011

kek KAHWIN lagi~~


Kek kahwin ni di tempah oleh kawan baik saya..CIKAR!!! Kata cikar, kek ini untuk meraikan perkahwinan pakciknya..thanks so much cikar sebab jauh-jauh pun sanggup tempah kat aku..yang ni butter cake dalam sekilo ++..





kecil but nice rite?!!

Sunday, May 15, 2011

dugaan~~~

salam...sekarang saya berada di taiping, perak. saja-saja balik kampung, jumpa opah dan sedara-mara..cewahhh...ayat tak boleh blahh..

memandangkan saya online di tempat orang, jadi kena banyakkan bersabarlah..sebab line tak ok..dah beberapa kali saya cuba upload gambar-gambar cuppies yang telah saya janjikan seperti entry yang lepas, tapi banyak yang tak lepas.. dugaan,..dugaan,..

akhirnya, saya berjaya juga upload tiga gambar..huhu..jenuh!!


ini kotak cuppies yang saya gunakan..tapi bagi tempahan untuk cuppies bersaiz S dan M sahaja.

tadada..inilah hasilnya..fondant cuppies..tempahan daripada tisham..

jadi,cuppies siap untuk delivery....


Tuesday, May 10, 2011

terajin update.


tetiba macam rajin nak update blog walaupun rasa kurang sihat..
esok saya akan ke UM, delivery fondant cupcakes kat tisham..saya tak boleh upload gambar cupcakes tu lagi sebab empunya hari lahir pada hari khamis..
jadi, kena sabarrrr...

...dan saya upload gambar yang lain dulu ok!!


selain birthday cake , 'tinies-tinies' juga menerima tempahan untuk kek kahwin..
jom tengok salah satu gambar kek kawin 'tinies-tinies' :)



first step..

final touch..

dari depan...

masa untuk memotong kek!!

kek tersebut mengikut tema hitam + merah..meriah kan :))

Monday, May 9, 2011

pelbagai rupa dan saiz choco moist cake

saya update gambar-gambar kek tempahan "choco moist cakes" yang terdahulu dan terkini.. maaflah yer, bercampur-campur sebab dah malas nak susun mengikut tarikh..

untuk si zakwan..deco menggunakan badam sebijik-sebijik..

tempahan dari staf maybank..


sama jugak..tempahan staf maybank..


yang ni pun tempahan untuk staf maybank.


kek untuk makansendiriaje..

kek untuk birthday aina..

duyung-duyung yang bertenggek..


nampaknya banyak tempahan dari staf maybank :)


ini jugak dari staf maybank.. thanks so much kak lang yang pandai promo :)

lagi-lagi tempahan dari maybank..


haa..yang ni dari bukit beruntung :))
dari staf klinik kesihatan sana.

yang ni pun sama, untuk orang bukit beruntung..

kayu kayan choco...


saiz choco moist cake..


mungkin ada yang tak dapat nak mengagak saiz kek yang nak di tempahkan??

dari kiri : yang tu 2kg++
depan skali : 350grm++ (rm10)
kanan pulak : 1kg++ (saiz 10x10)

yang ni pandan layer cake..



nampak jelas tak pandan layer cake ni???

bukan apa, maklumlah semua gambar ni saya pakai camera handphone 1.3mp..handphone berzaman tapi berjasa..jadi gambar memang tak superb cantik macam gambar orang lain..

lepas icing inilah rupanya :))
tempahan dari kak siti juga, celebrate untuk birthday 5 hero skali gus!!

yang lainnya kek ni, saya gunakan fresh cream icing yang yummy tu..kebiasaannya, saya gemar gunakan buttercream icing sebab lebih tahan lama dan tak mudah cair.

tapi disebabkan kak siti nak terus makan, jadi saya gunakan fresh cream icing saja!!
memang yummy dan ngamlah kalau fresh cream icing pekena dengan pandan layer cake!!!

8 mei juga hari lahir rasyidah!!!




happy birthday rasyidah..yg ke 12..
sponge cake (perisa coklat + filling blueberry)..yummy~~~

bila rasyidah tengok kek dihias 'barbie', tersenyum lebar dia..maklumlah, budak perempuan memang gemar bermain dengan 'barbie'..sampai atas kek pun nak jugak ada "barbie"...

hari-hari adalah hari ibu!!!



tempahan choco moist cake dari kak siti..thanks akak!!
kak siti adalah antara pelanggan setia saya :))

08 Mei setiap tahun adalah hari ibu...

tp bagi saya hari ibu adalah setiap hari, bahkan setiap saat kan??

Sunday, May 8, 2011

buat makluman anda~



choco moist cake untuk makan-makan je..

adakah ianya slurrrpppp???

sebenarnya saya sudah lama menerima tempahan kek, biskut raya, membuat jualan roti/bun, membuat servis katering untuk majlis-majlis dan juga tempahan coklat.

cuma baru -baru ini saja saya berkesempatan untuk 'publish' hasil tempahan ke dalam blog..

jadi, kebanyakan gambar-gambar yang saya 'publish' nanti adalah hasil koleksi tempahan terdahulu, serta saya akan sulamkan juga gambar-gambar tempahan yang terkini ok!!

bagi yang rajin melayari facebook, sila-silalah view ke page saya ya!!!


walaupun setahun sudah berlalu~~~



kek irfan ke 8 tahun (2011)

kek irfan yang ke 7 tahun (2010)

rasa terharu jugak, walaupun ianya sambutan untuk setahun sekali, irfan tak lupa nak tempah pada saya :) manisss kan :))

chocolate moist cake..




seingat saya tempahan ini daripada Maybank.
Ini juga adalah antara tempahan- tempahan terawal yang saya terima..
setakat ini, chocolate moist cake adalah tempahan yang paling banyak saya dapat..
Alhamdulillah :)




Saturday, May 7, 2011



tanpa langkah pertama, tiadalah langkah seterusnya..
bagi saya, inilah permulaan saya berjinak-jinak sebagai cik pembuat kek!!!


kek kahwin natrah dan bai 2009